THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

:: Dr. Yusuf al-Qardawi mengkritik " Bagaimana
sebuah negara umat Islam yang teramai di dunia, tidak meletakkan al-Quran dalam setiap kamar hotel, tetapi membiarkan sahaja Bible untuk tatapan pengunjung??" ::


:: WhEn yOu sToP LeArNiNg, YoU StOp LeAdiNg ::


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Sunday, June 6, 2010

:: sayu hati ini pabila... ::

assalamualaikum..

alhamdulillah...ku bersyukur pada-Mu, kerana masih memberi aku ruang dan waktu untuk mencoretkan sesuatu buat tatapan sahabat-sahabatku sekalian...ku ingin berkongsikan rasa terkilan ku yang tidak terhingga.

telah lama aku perhatikan situasi yang berlaku ini, semenjak minggu pertama aku praktikal lagi. mungkin budaya dimana-mana sahaja..berlaku setiap hari jumaat. aku selalu keluar lunch dengan mak teh aku, minggu lepas aku keluar ke mydin untuk membeli sedikit barang keperluan...aku berasa seronok kerana disana mereka bekerja dengan mempraktikkan Islam..apabila azan berkumandang segala urusan perniagaan diberhetikan buat sketika bagi menghormati seruan suci itu.

tetapi disebalik itu, aku terkilan melihat golongan adam yang beragama Islam masih seronok bershopping sakan seolah-olah mereka terlupa atau sengaja melupakan tanggungjawab mereka yang perlu mereka lakukan tiap-tiap hari JUMAAT. aku malu melihat keadaan ini berlaku saban waktu ....kemana hilangnya rasa segan mereka??? kalau memang mereka tidak mahu pergi solat jumaat sekali pun,,, duduk sahaja dimana-mana yang tidak memperlihatkan anda yang tidak pergi bersolat...

ya Allah....aku pilu dan sayu melihat saudara seagama denganku mengabaikan tuntutan yang fardu ini...aku turut merasa pelik dan ajaib melihat sekeluarga pergi membeli belah tanpa isteri tidak berasa malu melihat si suami tidak pergi solat jumaat. Ya Allah, mana pergi maruah mereka??? mana pergi rasa tanggungjawab mereka??? kalau mereka ini diletakkan di barisan hadapan medan jihad,, aku yakin merekalah orang pertama yang akan berada dibarisan belakang apabila musuh menyerang.

sahabat sekalian, aku berkongsi kisah ini kerana aku ingin memperingati diriku dan sahabat2 ku yang lain...walau dimana pun kita berada, utamakanlah kewajipan mu sebagai seorang ISLAM. janagan hanya ISLAM pada pengenalan diri, tapi kehidupan mu tidak langsung mencerminkan peribadi seorang MUSLIM. mungkin inilah dunia akhir zaman, manusia tidak takut melakukan dosa dan semakin hilang rasa malu mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan agama kita. ALLAHUAKHBAR!!!!! berilah aku kekuatan agar aku bisa menjadi seorang muslimah yang dapat mempertahankan keimanan ku ini sehingga akhir hayat ku...amin...

p/s: sahabat ku sekalian,,,binalah tembok iman mu seteguh yang mungkin kerana dunia akhir zaman ini...mampu menggoyahkan individu yang mempunyai didikan agama yang mantap semenjak kecil...renung2kanlah....