THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

:: Dr. Yusuf al-Qardawi mengkritik " Bagaimana
sebuah negara umat Islam yang teramai di dunia, tidak meletakkan al-Quran dalam setiap kamar hotel, tetapi membiarkan sahaja Bible untuk tatapan pengunjung??" ::


:: WhEn yOu sToP LeArNiNg, YoU StOp LeAdiNg ::


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Thursday, November 11, 2010

:: kekusutan ::

...assalamualaikum...

syukur pada Allah kerana masih memberi ruang pada ku untuk menulis diruangan ini...alhmadulillah masih diberi kesempatan yang pada aku semester akhir nie bukan semudah yang aku bayangkan...Ya Allah berat jugak tugasan yang aku perlu bawa untuk subjek business planning ini. kawan2 for my group also dah buntu bile idea asyik kene reject...tak tahu dah idea apa lagi yang perlu dikeluarkan...kami hampir give up! tapi alhamdulillah masih ramai lagi yang memberi sokongan dan semangat pada kami..insyaallah kami akan teroskan mencari dan mencari dan buat yang terbaik...

sesungguhnya bukan mudah untuk membuat sesuatu product segalanya haruslah difikirkan sedalam-dalamnya..ini kerana pada sangkaanku subjek businness planning pada sem ini hanya belajar mcm mane nak buat business plan dengan menggunakan produk yang sedia ada dipasaran..tup2 our lecturer ask kami semua untuk mencari or lebih tepat membuat produk yang masih belum ada dipasaran whether yang baru betul or yang dimodified menjadi batu. huh! kami rase dah pening...mmg kelakar mcm2 idea yang datang masa mula2...hahah yang merepek of course banyak la...hehe

tapi kami still mencari sampailah pada idea yang kami rase the best untuk kami buat...tapi ia masih direject jua..perasaan time tu??? x usah katelah..seday...putus asa pown ada...tapi kami tau ini baru sikit..kami perlu kuat n teroskan perjuangan ini masih baru dan masih permulaan...kami akan pastikan kami mampu hasilkan sesuatu yang terbaik insyaallah....keyakinan adalah aset terpenting untuk mencipta sebuah kejayaan kan?
xd apa kejayaan yang dapat tanpa kegagalan...biarlah pengorbanan sepahit hempedu sekali pown...untuk mendapatkan kejayaan semanis madu itu! insyaallah.......

ok lah sampai sini dulu..prepared for straight class after this! huhu n test for zakat this evening..hopefully dapat buat the best!!! cayok!!!! insyaallah..ameen. ^_^

Sunday, October 24, 2010

:: Pejuangan ini ::

...assalamualaikum...


kini aku telah sampai di KUIS untuk meneruskan perjuangan aku di semester yang terakhir bagi diploma..alhamdulillah keputusan final semester 5 aku...cemerlang...syukur dipanjat kepada yang Maha Esa..
aku menanti penuh debaran untuk mengharungi semester yang akhir ini..dengan subjek aku yang byk dan agak tough..ku perlukan semangat yang istiqomah dan perlu melipat gandakan usaha aku tatkala ini..aku perlu berusaha berganda supaya aku grade dengan cgpa yang membanggakan ibu dan ayah aku...namun setelah ini perjuangan aku tidak hanya terhenti disini.. aku akan teruskan perjuangan aku hingga ke master..insyaallah...
aku mahukan yang terbaik dalam hidup aku supaya aku bisa membahagiakan ibu ayah dan memberi contoh tauladan yang baik untuk adik aku...

untuk memikirkan soal jodoh tatkala ini masih terlalu awal...ku cume mampu katakan jika engkau mahukan diriku engkau tunggulah sehingga engkau mampu pada komitmen besar itu nanti..aku tidak mahu bercinta atas dasar kapel sahaja..jika inginkan kan cinta itu biarlah pada hubungan yang halal yang dibina..ketika itulah cinta bermula..insyaallah aku akan berpegang pada prinsip ini...menjaga pandangan mata dan juga hati yang aku akui aku kadang kala aku khilaf dan tidak mampu menjaga ini semua..hati manusia kan...sekuat mana ia mudah digoyah dengan sedikit godaan syaitan jika tidak mempunyai benteng iman yang utuh. Ya Allah lindungilah aku dari penahan syaitan dan mainan nafsu dalam diri ini Ya Allah...aku lemah Ya Allah..ku mohon diberikan kekuatan pada diri ini untuk menjauhi bisikan nafsu dan syaitan...

aku mohon pada-Mu agar aku bisa menyelesaikan perjuangan ini hingga ke akhirnya...doa ibu dan ayah ku harap sentiasa mengiringi langkah ku ini...tiada kejayaan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh....insyaallah aku mampu lakukan yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa dan negara. aku mungkin tidak sehebat 9 SITI dalam kegemilangan Islam...namun...aku berusaha membuat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik dalam hidup ini...ameen...ku harap aku dapat berjuang bersama teman2 setia agar kita mendapat kejayaan bersama-sama di dunia dan akhirat...insyaallah...

p/s: buat sahabat sejati sekalian...ku perlukan sokongan dan dorongan kalian...

Friday, October 15, 2010

:: Mencari Damai Hati Ini ::

...assalamualaikum...

alhamdulillah aku diberi peluang lagi untuk menulis bait2 kata di ruangan nie.
minggu depan aku dah kene pulang ke kolej aku yang tercinta tu =) insyaallah..
akan buat yang terbaik untuk sem yang datang nie sem last for diploma...
target aku nak belajar sampai master dulu baru stop, sb nanti dah keje aku sukar
nak sambung belajar semula..insyaallah kalu Allah berikan kesempatan...

sedar tak sedar aku makin jauh melangkah kehadapan dan tidak lagi berpelunag untuk
berpaling lagi dan teragak-agak...tapi adakah aku sudah jelas dengan cita2 dan matlamat aku
pada masa datang?? aku agak takut memikirkan masa depan..tapi aku mesti kuatkan diri untuk
laluinya...dan aku sedar ujian yang makin banyak terpaksa aku lalui...insyaallah dengan bekalan iman yang telah diberi aku cuba lalui dengan baik dan aku hanya harapkan doa ibu bapa aku mana jua aku berada.

kini aku jua makin sedar makin jauh aku melangkah...makin tinggi tingkat yang aku gapai...aku sedar yang diriku kini penuh dengan tanggungjawab yang perlu aku laksanakan, sebagai anak sulung dalam keluarga, perkara pertama yang harus ku fikirkan adalah kebahagiaan ibu, ayah dan adikku...itu tugas pertama yang aku perlu lakukan...moga aku diberi kesempatan untuk melakukan itu semua ya Allah...

aku ingat kata-kata ayah aku yang aku simpan dalam hati nie " along, ayah takkan berenti kerja selagi kamu x habis belajar, kamu dah keje barulah ayah berenti buat kerja nie". hati aku sayu mendengar ucapan tu..sedih semua ada...ayah aku keje berpanas berhujan...insyaallah ayah...kalu anakmu berjaya kelak ayah x perlu keluarkan keringat lagi bawah terik mentari tu...insyaallah...

tiap kali solatku aku akan muhasabah diri adakah aku kini menjadi anak yang baik buat mama dan ayah? aku sedaya upaya menjadi yang terbaik untuk orang tuaku dan juga cuba untuk menjadi hamba-Mu yang terbaik Ya Allah..berikan aku kesempatan dan ruang untuk mencari damai hati ini walau sering aku alpa dengan tiap pelunag dan nikmat yang telah Engkau berikan....

Thursday, October 7, 2010

:: BILA LELAKI MENJADI DAYUS? ::

...assalamualaikum...

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.Kesian si suami yang terpaksa share isteri dgn lelaki lain.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

15) Sebenarnye fesyen busana muslimah pada hari ini tidak mengikut syariat islam yang sebenar, pandang2 dan fikir2 lah bapak2 dan ibu2 fesyen apa yg anak2 kita pakai pada hari ini…adakah mengikut ajaran Rasulullah atau Yahudi…

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
                               " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
منقتلدونأهلهفهوشهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout).

~janganlah persendakan hukum Allah..setiap laranagn pasti ada hikmahnya..

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.
والسلام

kataku : marilah kite renungi bersama dan ambil ikhtibar dari ini

Sunday, October 3, 2010

:: Bila Saat Itu Tiba ::


...assalamualaikum...

kini bulan tu dah tiba...
bulan dimana aku akan jejak balik KUIS
untuk meneruskan perjuangan aku
di semester yg terakhir..

x sabar lak rasenyer..
nak mengeluarkan idea yang terbuku nie
rindu rase nyer nak tatap buku yang tebal2 tu..
hehe..
tapi pada sem ini adalah sem yang tough
untuk pastikan aku dapat yang terbaik

sem terakhir untuk aku bersama-sama
dengan sahabatku
moga jurang yang pernah ada dulu
rapat kembali di semester yg terakhir ini

walau sem yang terakhir nie...
byk subjek yang perlu dicover..
khusus kawin lagi
huhu
apa2 pown aku harap kenangan
yang manis pada semester akir nie..

ku selitkan juga gambar kenangan pada jalan2 raya arie tu:
pica 1: me and ikin

pica 2: na'im and hafiz
(na'im tgh test kekuatan kete hafiz)
hehe

pica 3: mereka lompat tak jadi =)

pica 4: pengambaran di depan reban itik ang

pica 5: menikmati keindahan hehe

pica 6: dushhh huhu

pica 7: K.A.M.I

Friday, September 24, 2010

:: perasaan itu ::


...assalamualaikum...

sekian lama aku telah meninggalkan ruangan ini sepi tanpa kata-kata atau berita, kini alhamdulillah masih diberi peluang padaku untuk menitip kata di ruangan ini walaupun tidak aktif seperti dulu.

lama diri ini menyepi terasa diri ini banyak kekosongan yang masih tidak terisi. Ya Allah, masih bayak peluang yang diberi tapi aku masih tidak mampu untuk membaiki. peluang yang diberi umpama air yang mengalir tiada henti namun aku masih berdiri di situ melihat air yang mengalir. kosong dan tiada makna!

sejujurnya aku manusia yang masih banyak khilaf yang perlu diperbaiki, perhubungan aku dengan ALLAH, sesama manusia juga dan perhubungan aku dengan orang tuaku. Ya Allah aku takut Ya Allah dengan api yang menjulang tinggi itu....aku takut Ya Allah dengan peritnya kepanasan api neraka-Mu, Ya Allah aku sentiasa menghitung amalan yang masih terlalu sedikit untuk aku titipkan sewaktu pemergianku kelak....

saat itu...di mana ayah! di mana ibu! di mana adik! aku sendiri tidak mengetahui kerna hanya amalan ku sahaja yang bisa menyelamatkan diri ini dari tempat seperti itu. Ya Allah sesungguhnya aku tidak mahu masuk ke dalam neraku-Mu Ya Allah, dan aku jua tidak layak untuk memasuki syurga-Mu...

tetapi yang ku harapkan pada-Mu Ya Allah....adalah keredaan dan keberkatan dan CINTA agung-Mu Ya Allah!!!!! tapi.... masih mampukah aku!! mampukah aku?? layakkah aku Ya Allah untuk memiliki Cinta-Mu!!!

Monday, August 2, 2010

:: Lindungilah Kami Ya ALLAH::


assalamualaikum...


lama telah aku menyepi dari mencoret kisah diruangan ini, mungkin kerana kekangan masa dan kesulitan dan paling besar adalah penyakit M dalam diri ini yang menghalang aku untuk terus menulis... :)

terlalu banyak kisah yang berlaku sejak akhir2 ini yang menyeramkan kita. kes rogol dan zina yang terlalu berleluasa. seolah-olah mereka tidak takut akan dosa dan hukumanya...YA ALLAH..selamatkanlah kami manusia akhir zaman ini...tetapkanlah iman dan taqwa kami hanya pada-MU...

terlalu banyak kata yang tidak mampu untuk diungkapkan pabila melihat bencana akhir zaman ini berlaku...takut..risau yang menebal, melihat semua yang berlaku didepan mata...lapabila nafsu sudah menguasai jiwa, akal tidak lagi mampu untuk menafsir baik atau buruk sesuatu perkara.

wahai kaum nisa' tahukah kamu, dirimu kini sendiri rela untuk diperlakukan begitu? ya memang tidak dapat dinafikan kamu ingin menjadi dirimu sendiri..tapi kalau dengan itu yang akan merosakkan dirimu, adakah itu sesuatu yang baik??? tepuk dada tanyalah iman...

adakah kamu sedar akan dirimu yang berpakaian tetapi bertelanjang??? Buat para ibu, isteri, kakak, adik serta para suami dan ayah yang sayangkan anak2 perempuannya dan isteri, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan Hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya! nauzubillah..moga Allah melindungi kita semua.

hanya kerana kita berpakaian tetapi bertelanjang, kita tidak dapt mencium bau syurga itu, sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak 500 perjalanan..

"bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan"
(riwayat IMAM MALIK)

sesungguhnya semua peringatan ini adalah untuk kebaikan dan tanda sayangnya nabi pada umatnya...mungkin sukar untuk kita membuat kebaikan..tetapi hasil dan natijahnya cukup manis apabila kita ikhlas dan berusaha untuk memperbaiki diri...

tiada insan yang sempurna..namun janganlah berputus asa untuk menjadi yang terbaik...wahai sahabat muslimah ku yang ku sayangi...lindungilah dirimu dengan hijab yang lengkap...agar dirimu lebih terpelihara, kerna YANG TETUTUP ITU INDAH~


Sunday, June 6, 2010

:: sayu hati ini pabila... ::

assalamualaikum..

alhamdulillah...ku bersyukur pada-Mu, kerana masih memberi aku ruang dan waktu untuk mencoretkan sesuatu buat tatapan sahabat-sahabatku sekalian...ku ingin berkongsikan rasa terkilan ku yang tidak terhingga.

telah lama aku perhatikan situasi yang berlaku ini, semenjak minggu pertama aku praktikal lagi. mungkin budaya dimana-mana sahaja..berlaku setiap hari jumaat. aku selalu keluar lunch dengan mak teh aku, minggu lepas aku keluar ke mydin untuk membeli sedikit barang keperluan...aku berasa seronok kerana disana mereka bekerja dengan mempraktikkan Islam..apabila azan berkumandang segala urusan perniagaan diberhetikan buat sketika bagi menghormati seruan suci itu.

tetapi disebalik itu, aku terkilan melihat golongan adam yang beragama Islam masih seronok bershopping sakan seolah-olah mereka terlupa atau sengaja melupakan tanggungjawab mereka yang perlu mereka lakukan tiap-tiap hari JUMAAT. aku malu melihat keadaan ini berlaku saban waktu ....kemana hilangnya rasa segan mereka??? kalau memang mereka tidak mahu pergi solat jumaat sekali pun,,, duduk sahaja dimana-mana yang tidak memperlihatkan anda yang tidak pergi bersolat...

ya Allah....aku pilu dan sayu melihat saudara seagama denganku mengabaikan tuntutan yang fardu ini...aku turut merasa pelik dan ajaib melihat sekeluarga pergi membeli belah tanpa isteri tidak berasa malu melihat si suami tidak pergi solat jumaat. Ya Allah, mana pergi maruah mereka??? mana pergi rasa tanggungjawab mereka??? kalau mereka ini diletakkan di barisan hadapan medan jihad,, aku yakin merekalah orang pertama yang akan berada dibarisan belakang apabila musuh menyerang.

sahabat sekalian, aku berkongsi kisah ini kerana aku ingin memperingati diriku dan sahabat2 ku yang lain...walau dimana pun kita berada, utamakanlah kewajipan mu sebagai seorang ISLAM. janagan hanya ISLAM pada pengenalan diri, tapi kehidupan mu tidak langsung mencerminkan peribadi seorang MUSLIM. mungkin inilah dunia akhir zaman, manusia tidak takut melakukan dosa dan semakin hilang rasa malu mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan agama kita. ALLAHUAKHBAR!!!!! berilah aku kekuatan agar aku bisa menjadi seorang muslimah yang dapat mempertahankan keimanan ku ini sehingga akhir hayat ku...amin...

p/s: sahabat ku sekalian,,,binalah tembok iman mu seteguh yang mungkin kerana dunia akhir zaman ini...mampu menggoyahkan individu yang mempunyai didikan agama yang mantap semenjak kecil...renung2kanlah....

Sunday, May 30, 2010

:: ku bersyukur ::

assalamualaikum

alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk mencoretkan kisah setelah agak lama membisu. Ini disebabkan kekangan masa kerana praktikal dan pulang ke rumah dalam keadaan yang penat..hehe alhamdulillah...aku masih mampu menghirup dan menikmati pemandangan di bumi Allah ini..Justify Full

aku ingin berkongsi sesuatu buat kalian tentang kelebihan dan kekurangan diri. kita sebagai manusia tentunya Allah kurniakan kelebihan dan kekurangan, yang patut kita hargai dan kita syukuri bukannya kita riak atau takbur dengannya.

yang paling mudah untuk aku perkatakan adalah kelebihan pada rupa paras kita...tidak semua manusia yang dilahirkan itu cantik...tapi pasti Allah telah memberikan kelebihan yang lain bagi mereka, dan yang memiliki kecantikan rupa paras juga mungkin ada kelemahan yang mereka tidak sedari... mengapa perlu bangga dengan kecantikan mu???

tidakkah engkau sedari bahawa kecantikan yang telah dikurniakan pada mu adalah pinjaman daripada Allah semata-mata? jangan kerana engkau cantik dan menarik hati ramai lelaki engkau menjadi sombong...hatimu perlulah juga menjadi cantik seperti rupa dan paras mu....bila dirimu digilai, bile kamu sering dipuji kamu hanyut dengan kata2 yang hanya omongan kosong sahaja.

bagi kamu yang kurang menarik atau kurang cantik...kamu harus bersyukur, kerana kamu tidak perlu digilai dan hati kamu akan aman kerana nya...kamu jua harus bersyukur kerana kekurangan paras rupa mu merupakan kelebihan yang lain ada pada diri mu lebih dilihat...hatimu...jagalah hati mu dari dijangkiti api cemburu dan iri hati terhadap orang lain..biar kita tidak cantik,, asalkan kita seorang insan yang baik...

tidak perlu melakukan pembedahan plastik yang merubah kejadian Allah yang begitu indah...mengapa kamu tidak bersyukur dengan apa yang telah diberikan padamu??? mengapa harus menjadi manusia yang tamakkan penghargaan pada dunia??? sekarang ini jika kita melihat di televisyen, rancangan penurunan berat badan atau kecantikan...pada sebelum mereka menjadi cantik atau kurus..pakaian mereka sopan dan elok mata memandang..tetapi apabila sudah kurus dan cantik mereka berpakaian yang ketat dan menjolok mata... mengapa?? adakah bile kita x cantik kita kene pakaian sopan, bila sudah cantik kita perlu 'tonjolkan' segala kecantikan tubuh kita pada orang ramai. begitu? perlu ke begitu? tepuk dadamu dan tanya lah iman mu...

aku mencoretkan begini bukanlah mengatakan aku seorang yang perfect, tetapi aku sedih dan aku sayu melihat semua ini berlaku...aku tidak dapat mengorak langkah dengan lisan mahupun tangan, tetapi aku mengatakan kebencian melihat semua ini di dalam hati. sesungguhnya ia adalah srlemah-lemah iman...aku mengingatkan diriku juga serta sahabat-sahabat yang aku kasihi...

" kecantikan yang kita miliki adalah hak dan pinjaman daripada Allah, ingatlah semua yang kita pinjam..kita akan pulangkan ia suatu hari nanti tanpa kita mengetahui bila ia akan diambil"

renung2kan..dan selamat beramal =)

Monday, May 10, 2010

:: kasih yang tiada noktah ::

assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim

mama...
mama...
mama...
panggilan itu! panggilan yang pertama dibibrku...
panggilan buat insan yang tersayang.....
yang jerih dan tidak pernah mengeluh....
membawaku semenjak dalam perutnya...
hingga aku mampu jadi begini...
dia tidak pernah jauh dariku.....
malah....
dia semakin dekat dan kasih sayangnya x pernah luntur...

cinta pada kekasih...
cinta itu akan pergi...
...namun...
cinta bonda pada anaknya akan kekal hingga ke akhirnya...
walau seteruk mana kita mencinteng arang ke muka mereka,,,
mereka tetap bersama menemani kita...
memimpin kita tatkala dunia ini gelap...
menebalkan muka dengan tomahan dan kejian pada kita...

dia insan yang terlalu istimewa...
insan yang terlalu mulia hatinya..
itulah ibuku...
itulah mamaku...
itulah ummiku....
dialah permaisuri hatiku...
akan ku lakukan segalanya...
bagi membahagiakan dirimu...
jerit perih kesakitan mu...melahirkan ku....
tak bisa ku ganti dengan kejayaan ku setinggi gunung...
namun...doaku pada mu mama..tidak pernah hilang...
ku amat mencintai dan menyanyangi mu,...
moga diriku berkesempatan menjagamu....
di usia senjamu....

SELAMAT HARI IBU....
BUAT BONDAKU...
NORSHEILA MANSOR...

p/s: terlewat mengarang sajak..hehe maaf..

Thursday, May 6, 2010

:: dunia oh dunia ::



..assalamualaikum..


Bunuh, rompak, ragut, rogol dan macam macam lagi musibah yang telah berlaku pada dunia kita kini. kita pasti sudah mengerti mengapa terjadi begini. banyak yang terjadi adalah daripada kaum Melayu dan beragama Islam. kita khuatir samapi saatnya nanti tiada siapa yang mampu menghalang perkara yang tidak baik ini dari berlaku...pastinya bencana yang hebat akan ALLAH kirimkan...nauzubillah!!!

tapi sahabat sekalian...cuba kita fikirkan dan renungkan..masih adakah lagi remaja yang berjiwa seperti Umar al-khatab, Saidina Abu Bakar, Imam Syafi'e dan ramai lagi pejuang Islam zaman dahulu. Dimana remaja harapan bangsa yang diingini mentadbir negara pada masa akan datang!!! dimana!!! sedih..termat sedih...ana tidak mengkhabarkan anak seorang insan yang sempurna..yang bijak dan terlalu baik...tapi ana sedih mengenangkan semua yang terjadi terhadap anak Melayu...mereka terlalu mengejar keseronokan duniawi..sampai alpa dan leka mengejar ukhrawi.

Dunia kita kini semakin tua, semakin tidak mampu menanggung lagi isi yang dikandungkannya..pada bila2 masa dan ketika ia akakn memuntahkan isi nya..pada saat itu..mampukah kita kembali mengingati Allah setelah sekian banyak tanda yang telah Allah berikan pada kita untuk mengingati dan sedar. kita tetap alapa dan selamba..yela masih muda..dah tua baru nak tobat...inngat la pepatah melayu "sesal dulupendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi".

fenomena yang banyak berlaku kini adalah tanda akhir zaman yang amat nyata dan terang sekali. kita semakin lupa dan seolah-olah memikirkan yang dunia ini akan kekal selamanya.

"Rasulluallah s.a.w bersabda: hari kiamat itu tidak akan berlaku selagi ada manusia yang beriman kepada Allah "










































Wednesday, April 28, 2010

:: kenangan bersamamu sahabatku ::


..assalamualaikum..

sahabat.. tatkala ini aku amat merinduimu.. saat kita bersama tidak akan ku lupakan susah senang kau tetap bersama ku walau sebesar mana kesusahan ku kau tetap disisi ku menyokong dan menyenangkan hatiku

sahabat.. masa kini terlalu pantas berlalu.. bagai tiada henti hingga akhir nanti ku harap persahabatan dan ukhwah ini tetap utuh terpahat dihati... kenangan ini kita semadikan di hati..

sahabatku... dugaan itu terlalu banyak terlalu menguji persahabatan ini namun ku harapkan secebis kepercayaan agar kasih sayang antara kita kekal antara kita walau terpisah jauh di mata. namun.... kau tetap dihatiku...

sahabat... ketahuilah aku amat merinduimu.. ku harap kita akan bertemu lagi menyemarakkan lagi ukhwah dan kasih sayang kita.. ketahuilah ku menyayangimu kerana Allah...
kerana Dia kita bertemu
dan
kerana Dia kita berpisah


nukilanku: ira 180890

Thursday, April 22, 2010

:: tiada cinta sebelum berkahwin ::

"CINTA HANYA UNTUK SUAMI, TAKKAN KUKONGSI"

..assalamualaikum..

coretan ku pada kali ini adalah untuk berkongsi dengan sahabat semua tentang bingkisan rasa yang telah saya baca pada sebuah buku ini. buku yang amat menyentuh hati pada siapa yang membacanya...sebuah buku yang ingin kita kongsi pengalamannya dan mengambil contoh yang terbaik untuk diri ini kelak. saya tertarik dengan permulaannya "cintaku hanya untuk suami, takkan kukongsi"

cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. namun, apabila ia disusuli tindak tanduk yang tidak Allah redai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. justeru untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia menjadi tawar dan hambar. hilang barakah, hilanglah kemanisan. Aku menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis:

maksudnya: "sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seoarng yang syahid"
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)

aku nekad, selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sekali-kali aku serahkan hati ini kepada lelaki. Biarlah cintaku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama suami. ini tekadku.



Bahaya Cinta Sebelum kahwin:

1) pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

2) menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu

syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-NYA.

3) Hati akan terseksa dengan barah rindu


4) Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.


5) fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.


dipetik daripada "PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL,FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN"

sahabatku sekalian, apa yang ku coretkan ini adalah sekadar untuk mengingati diriku dan sahabat yang lain, semua orang pernah melakukan kesilapan..tapi Allah sentiasa membuka peluang untuk kita betaubat. ingatlah sahabatku sekalian, cinta manusia hanyalah sementara, yang kekal cinta kita pada Allah dan juga Rasul-Nya.
mencari pasangan biarlah mencari yang terbaik untuk kita yang dapat membimbing kita ke jalan Allah...ingatlah "aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu maka hilanglah cintaku padamu"

janganlah kita biarkan kemanisan cinta itu hilang itu hari pertama perkahwinan, sesungguhnya apa yang pernah kita lakukan sebelum ikatan yang sah itu..akan mempengaruhi keberkatan dalam sesebuah keluarga kelak. bagi wanita, jagalah penampilan dan jua akhlakmu, jagalah maruah mu yang tinggi nilainya itu...jadikanlah dirimu bidadari syurga kelak yang harum mewangi...jadikanlah kamu juga seperti mutiara dilautan dalam..walaupun cantik berkelipan ia tidak mampu digapai tangan..

Seorang gadis itu...Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ...bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ...yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!



Tuesday, April 20, 2010

:: kekuatan pada diriku adalah dari kedua ibu bapaku::



..assalamualaikum..

setiap langkah kakiku melangkah setiap itulah doa ibu dan ayah yang tidak pernah putus untukku. aku bersyukur kerana masih memiliki kedua-duanya...walaupun aku tidak kaya dengan harta dan benda nmun..aku kaya dengan kasih sayang yang mama dan ayah berikan padaku...Alhamdulillah aku bersyukur..

harapan mereka padaku tinggi, sepertimana tingginya harapan ibu bapa didalam dunia ini yang ingin melihat anak-anaknya berjaya..aku akui aku bukanlah anak yang terbaik buat mereka, tetapi aku cuba menjadi yang terbaik. aku resah jika mamaku diam membisu...aku kaku bila ayah ku hanya mendengar..aku tidak mahu melihat air mata itu gugur lagi kerana hati mereka disakiti..cukuplah dengan apa yang telah mereka rasakan selama ini...

jika aku diberi kesempatan,, aku ingin menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka, itulah janjiku..aku akan buktikan pada orang lain yang memandang rendah padaku..kata-kata yang sering aku pegang adalah "biarkan ibumu menangis kerana kejayaan mu...jangan biarkan air mata itu menitis kerana kegagalan mu". ibu adalah insan yang terpenting dalam hidup ini...walau mereka seteruk mana pun, mereka tetap ibu kita, yang melahirkan kita, menyusukan dan mendidik kita. hatta ibu kita seorang pelacur sekalipun kita masih wajib mentaati nya selagi ia tidak bertentangan dengan agama.

sahabatku, cintailah ibu bapa kita terlebih dahulu sebelum engkau memberikan cinta itu pada orang lain...bahagikanlah mereke sebelum kau membahagiakan orang lain..kerana tiada apa lagi yang membahagiakan diri ini selain melihat ibu bapa kita bahagia...

"sesungguhnya reda Allah itu bergantung pada reda kedua orang tua"

tidak semua insan merasa kasih sayang ibu..sayangilah mereka selama mana mereka masih hidup..dan berbaktilah pada mereka selagi mereka mampu menerima kasih sayang mu...

Sunday, April 18, 2010

:: sujudlah kamu ::


..assalamualaikum..

Syukur pada Illahi kerana masih memberi aku peluang bernafas dan berbakti pada alam ini...dikeheningan malam ini juga aku berasa cukup tenang dapat sujud menyerah diri pada Illahi mensyukuri nikmat yang diberi. sesungguhnya kesan sujud amat besar pada diri seseorang individu itu. dengan sujud kita dapat rasakan sebenar2 nya ketenangan yang sukar untuk dilafazkan.

kesan sujud juga telah terbukti melalui perubatan dimana dapat menghilangkan sakit kepala dan mengembalikan kelancaran peredaran darah. bernafas ketika sujud juga mempunyai pelbagai kesan yang baik antaranya dapat menaikkan kembali peranakan yang jatuh dan dapat mengembalikan organ kita ke tempat asal.

sesuatu yang Allah telah perintahkan itu pasti ada hikmahnya.malah sjud adalah perbuatan yang paling trepenting dalam solat...malaikat tidak pernah berhanti daripada sujud pada Allah menandakan taatnya mereka pada perintah Allah. sujud ini dapat menegembalikan kita kepada rasa rendah diri dan tidak kufur dengan rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan pada kita. malah ketika sujud merupakan masa kita yang paling hampir dengan Allah, pohonlah doa ketika bersujud kerana doa kita mudah untuk dikabulkan.

manusia yang tidak sujud pada Khaliknya adalah insan yang rugi dan sombong..dekatkan hati dengan Maha Pencipta kerana semakin kita menghampiri-Nya, makin kita terasa Dia sentiasa bersama kita...bersihkan hatimu dan bersujudlah engkau dengan serendahnya perasaan seorang hamba..

Hikmah Sujud:

Bernafas ketika sujud akan:

1) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2) Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.
3) Melegakan sakit hernia.
4) Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
5) Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
6) Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
7) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
8) Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut.


wassalam...

Thursday, April 15, 2010

:: kamu adalah apa yang kamu baca::

...assalamualaikum...

setelah sekian lama aku meninggalkan ruangan ini sepi, kini aku kembali ingin melakarkan sesuatu buat dikongsi oleh teman2 yang sudi membaca...aku tekad untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ni. aku tertarik dengan kata2 kamu adalah apa yang kamu baca, memang tidak dinafikan kita bangsa melayu memang kurang membaca. tidak hairanlah mengapa era ini anak-anak muda bakal pemimpin bangsa semakin hilang maruah diri dan akhlak yang terpuji. cuba kita fikirkan sejenak, selama hari ini genari kita(bangsa melayu) lebih cenderung membaca kepada fiksyen yang tidak membantu peningkatan dan pengaktifan proses otak untuk berfikir, mereka gemar mebaca sesuatu yang menghiburkan dan sesuatu yang mistik. inilah yang terjadi pada generasi kita sekarang, jika lebih banyak membaca tentang mistik, ramai yang semakin percaya kepada perkara tahyul dan khurafat, jika banyak membaca tentang hiburan, ramai yang semakin mengejarkan hiburan dunia yang semakin hanyut! lihat sahajalah dengan kehadiran pelbagai program yang banyak membawa kepada masalah sosial lelaki dan perempuan, ramai remaja yang leka dengan publisiti murahan...hurmm sebab itulah kata2 itu benar, kita adalah apa yang kita baca....
banyak perkara yang harus kita kaji untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang...remaja sekarang terlalu leka dan tidak memikirkan masa hadapan,, BANGUNLAH ANAK BANGSA!! kejarlah ilmu itu sedalam-dalam nya, ilmu itu seperti hujan yang turun melata dibumi...kita harus kejar dan kaut sebayak yang mungkin...dengan ilmu kita dapat mengisi hati yang kosong...hati ibarat tanah...seramilah ia dengan ilmu...jangan biarkan hati itu tandus tanpa diserami hujan...

Mu'az bin Jabal berkata:
" Pelajarilah ilmu, dengan mempelajari ilmu kerana mengharapkan wajah Allah itu mencerminkan takut, mencari ilmu adalah ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub.."