THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

:: Dr. Yusuf al-Qardawi mengkritik " Bagaimana
sebuah negara umat Islam yang teramai di dunia, tidak meletakkan al-Quran dalam setiap kamar hotel, tetapi membiarkan sahaja Bible untuk tatapan pengunjung??" ::


:: WhEn yOu sToP LeArNiNg, YoU StOp LeAdiNg ::


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Sunday, October 24, 2010

:: Pejuangan ini ::

...assalamualaikum...


kini aku telah sampai di KUIS untuk meneruskan perjuangan aku di semester yang terakhir bagi diploma..alhamdulillah keputusan final semester 5 aku...cemerlang...syukur dipanjat kepada yang Maha Esa..
aku menanti penuh debaran untuk mengharungi semester yang akhir ini..dengan subjek aku yang byk dan agak tough..ku perlukan semangat yang istiqomah dan perlu melipat gandakan usaha aku tatkala ini..aku perlu berusaha berganda supaya aku grade dengan cgpa yang membanggakan ibu dan ayah aku...namun setelah ini perjuangan aku tidak hanya terhenti disini.. aku akan teruskan perjuangan aku hingga ke master..insyaallah...
aku mahukan yang terbaik dalam hidup aku supaya aku bisa membahagiakan ibu ayah dan memberi contoh tauladan yang baik untuk adik aku...

untuk memikirkan soal jodoh tatkala ini masih terlalu awal...ku cume mampu katakan jika engkau mahukan diriku engkau tunggulah sehingga engkau mampu pada komitmen besar itu nanti..aku tidak mahu bercinta atas dasar kapel sahaja..jika inginkan kan cinta itu biarlah pada hubungan yang halal yang dibina..ketika itulah cinta bermula..insyaallah aku akan berpegang pada prinsip ini...menjaga pandangan mata dan juga hati yang aku akui aku kadang kala aku khilaf dan tidak mampu menjaga ini semua..hati manusia kan...sekuat mana ia mudah digoyah dengan sedikit godaan syaitan jika tidak mempunyai benteng iman yang utuh. Ya Allah lindungilah aku dari penahan syaitan dan mainan nafsu dalam diri ini Ya Allah...aku lemah Ya Allah..ku mohon diberikan kekuatan pada diri ini untuk menjauhi bisikan nafsu dan syaitan...

aku mohon pada-Mu agar aku bisa menyelesaikan perjuangan ini hingga ke akhirnya...doa ibu dan ayah ku harap sentiasa mengiringi langkah ku ini...tiada kejayaan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh....insyaallah aku mampu lakukan yang terbaik untuk diri, keluarga, bangsa dan negara. aku mungkin tidak sehebat 9 SITI dalam kegemilangan Islam...namun...aku berusaha membuat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik dalam hidup ini...ameen...ku harap aku dapat berjuang bersama teman2 setia agar kita mendapat kejayaan bersama-sama di dunia dan akhirat...insyaallah...

p/s: buat sahabat sejati sekalian...ku perlukan sokongan dan dorongan kalian...

Friday, October 15, 2010

:: Mencari Damai Hati Ini ::

...assalamualaikum...

alhamdulillah aku diberi peluang lagi untuk menulis bait2 kata di ruangan nie.
minggu depan aku dah kene pulang ke kolej aku yang tercinta tu =) insyaallah..
akan buat yang terbaik untuk sem yang datang nie sem last for diploma...
target aku nak belajar sampai master dulu baru stop, sb nanti dah keje aku sukar
nak sambung belajar semula..insyaallah kalu Allah berikan kesempatan...

sedar tak sedar aku makin jauh melangkah kehadapan dan tidak lagi berpelunag untuk
berpaling lagi dan teragak-agak...tapi adakah aku sudah jelas dengan cita2 dan matlamat aku
pada masa datang?? aku agak takut memikirkan masa depan..tapi aku mesti kuatkan diri untuk
laluinya...dan aku sedar ujian yang makin banyak terpaksa aku lalui...insyaallah dengan bekalan iman yang telah diberi aku cuba lalui dengan baik dan aku hanya harapkan doa ibu bapa aku mana jua aku berada.

kini aku jua makin sedar makin jauh aku melangkah...makin tinggi tingkat yang aku gapai...aku sedar yang diriku kini penuh dengan tanggungjawab yang perlu aku laksanakan, sebagai anak sulung dalam keluarga, perkara pertama yang harus ku fikirkan adalah kebahagiaan ibu, ayah dan adikku...itu tugas pertama yang aku perlu lakukan...moga aku diberi kesempatan untuk melakukan itu semua ya Allah...

aku ingat kata-kata ayah aku yang aku simpan dalam hati nie " along, ayah takkan berenti kerja selagi kamu x habis belajar, kamu dah keje barulah ayah berenti buat kerja nie". hati aku sayu mendengar ucapan tu..sedih semua ada...ayah aku keje berpanas berhujan...insyaallah ayah...kalu anakmu berjaya kelak ayah x perlu keluarkan keringat lagi bawah terik mentari tu...insyaallah...

tiap kali solatku aku akan muhasabah diri adakah aku kini menjadi anak yang baik buat mama dan ayah? aku sedaya upaya menjadi yang terbaik untuk orang tuaku dan juga cuba untuk menjadi hamba-Mu yang terbaik Ya Allah..berikan aku kesempatan dan ruang untuk mencari damai hati ini walau sering aku alpa dengan tiap pelunag dan nikmat yang telah Engkau berikan....

Thursday, October 7, 2010

:: BILA LELAKI MENJADI DAYUS? ::

...assalamualaikum...

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.Kesian si suami yang terpaksa share isteri dgn lelaki lain.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

15) Sebenarnye fesyen busana muslimah pada hari ini tidak mengikut syariat islam yang sebenar, pandang2 dan fikir2 lah bapak2 dan ibu2 fesyen apa yg anak2 kita pakai pada hari ini…adakah mengikut ajaran Rasulullah atau Yahudi…

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
                               " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
منقتلدونأهلهفهوشهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout).

~janganlah persendakan hukum Allah..setiap laranagn pasti ada hikmahnya..

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.
والسلام

kataku : marilah kite renungi bersama dan ambil ikhtibar dari ini

Sunday, October 3, 2010

:: Bila Saat Itu Tiba ::


...assalamualaikum...

kini bulan tu dah tiba...
bulan dimana aku akan jejak balik KUIS
untuk meneruskan perjuangan aku
di semester yg terakhir..

x sabar lak rasenyer..
nak mengeluarkan idea yang terbuku nie
rindu rase nyer nak tatap buku yang tebal2 tu..
hehe..
tapi pada sem ini adalah sem yang tough
untuk pastikan aku dapat yang terbaik

sem terakhir untuk aku bersama-sama
dengan sahabatku
moga jurang yang pernah ada dulu
rapat kembali di semester yg terakhir ini

walau sem yang terakhir nie...
byk subjek yang perlu dicover..
khusus kawin lagi
huhu
apa2 pown aku harap kenangan
yang manis pada semester akir nie..

ku selitkan juga gambar kenangan pada jalan2 raya arie tu:
pica 1: me and ikin

pica 2: na'im and hafiz
(na'im tgh test kekuatan kete hafiz)
hehe

pica 3: mereka lompat tak jadi =)

pica 4: pengambaran di depan reban itik ang

pica 5: menikmati keindahan hehe

pica 6: dushhh huhu

pica 7: K.A.M.I