THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

:: Dr. Yusuf al-Qardawi mengkritik " Bagaimana
sebuah negara umat Islam yang teramai di dunia, tidak meletakkan al-Quran dalam setiap kamar hotel, tetapi membiarkan sahaja Bible untuk tatapan pengunjung??" ::


:: WhEn yOu sToP LeArNiNg, YoU StOp LeAdiNg ::


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Monday, August 2, 2010

:: Lindungilah Kami Ya ALLAH::


assalamualaikum...


lama telah aku menyepi dari mencoret kisah diruangan ini, mungkin kerana kekangan masa dan kesulitan dan paling besar adalah penyakit M dalam diri ini yang menghalang aku untuk terus menulis... :)

terlalu banyak kisah yang berlaku sejak akhir2 ini yang menyeramkan kita. kes rogol dan zina yang terlalu berleluasa. seolah-olah mereka tidak takut akan dosa dan hukumanya...YA ALLAH..selamatkanlah kami manusia akhir zaman ini...tetapkanlah iman dan taqwa kami hanya pada-MU...

terlalu banyak kata yang tidak mampu untuk diungkapkan pabila melihat bencana akhir zaman ini berlaku...takut..risau yang menebal, melihat semua yang berlaku didepan mata...lapabila nafsu sudah menguasai jiwa, akal tidak lagi mampu untuk menafsir baik atau buruk sesuatu perkara.

wahai kaum nisa' tahukah kamu, dirimu kini sendiri rela untuk diperlakukan begitu? ya memang tidak dapat dinafikan kamu ingin menjadi dirimu sendiri..tapi kalau dengan itu yang akan merosakkan dirimu, adakah itu sesuatu yang baik??? tepuk dada tanyalah iman...

adakah kamu sedar akan dirimu yang berpakaian tetapi bertelanjang??? Buat para ibu, isteri, kakak, adik serta para suami dan ayah yang sayangkan anak2 perempuannya dan isteri, Rasulullah s.a.w telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan Hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya! nauzubillah..moga Allah melindungi kita semua.

hanya kerana kita berpakaian tetapi bertelanjang, kita tidak dapt mencium bau syurga itu, sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak 500 perjalanan..

"bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan"
(riwayat IMAM MALIK)

sesungguhnya semua peringatan ini adalah untuk kebaikan dan tanda sayangnya nabi pada umatnya...mungkin sukar untuk kita membuat kebaikan..tetapi hasil dan natijahnya cukup manis apabila kita ikhlas dan berusaha untuk memperbaiki diri...

tiada insan yang sempurna..namun janganlah berputus asa untuk menjadi yang terbaik...wahai sahabat muslimah ku yang ku sayangi...lindungilah dirimu dengan hijab yang lengkap...agar dirimu lebih terpelihara, kerna YANG TETUTUP ITU INDAH~


0 comments: