THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

:: Dr. Yusuf al-Qardawi mengkritik " Bagaimana
sebuah negara umat Islam yang teramai di dunia, tidak meletakkan al-Quran dalam setiap kamar hotel, tetapi membiarkan sahaja Bible untuk tatapan pengunjung??" ::


:: WhEn yOu sToP LeArNiNg, YoU StOp LeAdiNg ::


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Tuesday, April 20, 2010

:: kekuatan pada diriku adalah dari kedua ibu bapaku::



..assalamualaikum..

setiap langkah kakiku melangkah setiap itulah doa ibu dan ayah yang tidak pernah putus untukku. aku bersyukur kerana masih memiliki kedua-duanya...walaupun aku tidak kaya dengan harta dan benda nmun..aku kaya dengan kasih sayang yang mama dan ayah berikan padaku...Alhamdulillah aku bersyukur..

harapan mereka padaku tinggi, sepertimana tingginya harapan ibu bapa didalam dunia ini yang ingin melihat anak-anaknya berjaya..aku akui aku bukanlah anak yang terbaik buat mereka, tetapi aku cuba menjadi yang terbaik. aku resah jika mamaku diam membisu...aku kaku bila ayah ku hanya mendengar..aku tidak mahu melihat air mata itu gugur lagi kerana hati mereka disakiti..cukuplah dengan apa yang telah mereka rasakan selama ini...

jika aku diberi kesempatan,, aku ingin menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka, itulah janjiku..aku akan buktikan pada orang lain yang memandang rendah padaku..kata-kata yang sering aku pegang adalah "biarkan ibumu menangis kerana kejayaan mu...jangan biarkan air mata itu menitis kerana kegagalan mu". ibu adalah insan yang terpenting dalam hidup ini...walau mereka seteruk mana pun, mereka tetap ibu kita, yang melahirkan kita, menyusukan dan mendidik kita. hatta ibu kita seorang pelacur sekalipun kita masih wajib mentaati nya selagi ia tidak bertentangan dengan agama.

sahabatku, cintailah ibu bapa kita terlebih dahulu sebelum engkau memberikan cinta itu pada orang lain...bahagikanlah mereke sebelum kau membahagiakan orang lain..kerana tiada apa lagi yang membahagiakan diri ini selain melihat ibu bapa kita bahagia...

"sesungguhnya reda Allah itu bergantung pada reda kedua orang tua"

tidak semua insan merasa kasih sayang ibu..sayangilah mereka selama mana mereka masih hidup..dan berbaktilah pada mereka selagi mereka mampu menerima kasih sayang mu...

0 comments: