THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

:: Dr. Yusuf al-Qardawi mengkritik " Bagaimana
sebuah negara umat Islam yang teramai di dunia, tidak meletakkan al-Quran dalam setiap kamar hotel, tetapi membiarkan sahaja Bible untuk tatapan pengunjung??" ::


:: WhEn yOu sToP LeArNiNg, YoU StOp LeAdiNg ::


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Sunday, April 18, 2010

:: sujudlah kamu ::


..assalamualaikum..

Syukur pada Illahi kerana masih memberi aku peluang bernafas dan berbakti pada alam ini...dikeheningan malam ini juga aku berasa cukup tenang dapat sujud menyerah diri pada Illahi mensyukuri nikmat yang diberi. sesungguhnya kesan sujud amat besar pada diri seseorang individu itu. dengan sujud kita dapat rasakan sebenar2 nya ketenangan yang sukar untuk dilafazkan.

kesan sujud juga telah terbukti melalui perubatan dimana dapat menghilangkan sakit kepala dan mengembalikan kelancaran peredaran darah. bernafas ketika sujud juga mempunyai pelbagai kesan yang baik antaranya dapat menaikkan kembali peranakan yang jatuh dan dapat mengembalikan organ kita ke tempat asal.

sesuatu yang Allah telah perintahkan itu pasti ada hikmahnya.malah sjud adalah perbuatan yang paling trepenting dalam solat...malaikat tidak pernah berhanti daripada sujud pada Allah menandakan taatnya mereka pada perintah Allah. sujud ini dapat menegembalikan kita kepada rasa rendah diri dan tidak kufur dengan rezeki dan nikmat yang telah Allah berikan pada kita. malah ketika sujud merupakan masa kita yang paling hampir dengan Allah, pohonlah doa ketika bersujud kerana doa kita mudah untuk dikabulkan.

manusia yang tidak sujud pada Khaliknya adalah insan yang rugi dan sombong..dekatkan hati dengan Maha Pencipta kerana semakin kita menghampiri-Nya, makin kita terasa Dia sentiasa bersama kita...bersihkan hatimu dan bersujudlah engkau dengan serendahnya perasaan seorang hamba..

Hikmah Sujud:

Bernafas ketika sujud akan:

1) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2) Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.
3) Melegakan sakit hernia.
4) Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
5) Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
6) Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
7) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
8) Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut.


wassalam...

0 comments: