THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

:: Dr. Yusuf al-Qardawi mengkritik " Bagaimana
sebuah negara umat Islam yang teramai di dunia, tidak meletakkan al-Quran dalam setiap kamar hotel, tetapi membiarkan sahaja Bible untuk tatapan pengunjung??" ::


:: WhEn yOu sToP LeArNiNg, YoU StOp LeAdiNg ::


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Sunday, May 30, 2010

:: ku bersyukur ::

assalamualaikum

alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk mencoretkan kisah setelah agak lama membisu. Ini disebabkan kekangan masa kerana praktikal dan pulang ke rumah dalam keadaan yang penat..hehe alhamdulillah...aku masih mampu menghirup dan menikmati pemandangan di bumi Allah ini..Justify Full

aku ingin berkongsi sesuatu buat kalian tentang kelebihan dan kekurangan diri. kita sebagai manusia tentunya Allah kurniakan kelebihan dan kekurangan, yang patut kita hargai dan kita syukuri bukannya kita riak atau takbur dengannya.

yang paling mudah untuk aku perkatakan adalah kelebihan pada rupa paras kita...tidak semua manusia yang dilahirkan itu cantik...tapi pasti Allah telah memberikan kelebihan yang lain bagi mereka, dan yang memiliki kecantikan rupa paras juga mungkin ada kelemahan yang mereka tidak sedari... mengapa perlu bangga dengan kecantikan mu???

tidakkah engkau sedari bahawa kecantikan yang telah dikurniakan pada mu adalah pinjaman daripada Allah semata-mata? jangan kerana engkau cantik dan menarik hati ramai lelaki engkau menjadi sombong...hatimu perlulah juga menjadi cantik seperti rupa dan paras mu....bila dirimu digilai, bile kamu sering dipuji kamu hanyut dengan kata2 yang hanya omongan kosong sahaja.

bagi kamu yang kurang menarik atau kurang cantik...kamu harus bersyukur, kerana kamu tidak perlu digilai dan hati kamu akan aman kerana nya...kamu jua harus bersyukur kerana kekurangan paras rupa mu merupakan kelebihan yang lain ada pada diri mu lebih dilihat...hatimu...jagalah hati mu dari dijangkiti api cemburu dan iri hati terhadap orang lain..biar kita tidak cantik,, asalkan kita seorang insan yang baik...

tidak perlu melakukan pembedahan plastik yang merubah kejadian Allah yang begitu indah...mengapa kamu tidak bersyukur dengan apa yang telah diberikan padamu??? mengapa harus menjadi manusia yang tamakkan penghargaan pada dunia??? sekarang ini jika kita melihat di televisyen, rancangan penurunan berat badan atau kecantikan...pada sebelum mereka menjadi cantik atau kurus..pakaian mereka sopan dan elok mata memandang..tetapi apabila sudah kurus dan cantik mereka berpakaian yang ketat dan menjolok mata... mengapa?? adakah bile kita x cantik kita kene pakaian sopan, bila sudah cantik kita perlu 'tonjolkan' segala kecantikan tubuh kita pada orang ramai. begitu? perlu ke begitu? tepuk dadamu dan tanya lah iman mu...

aku mencoretkan begini bukanlah mengatakan aku seorang yang perfect, tetapi aku sedih dan aku sayu melihat semua ini berlaku...aku tidak dapat mengorak langkah dengan lisan mahupun tangan, tetapi aku mengatakan kebencian melihat semua ini di dalam hati. sesungguhnya ia adalah srlemah-lemah iman...aku mengingatkan diriku juga serta sahabat-sahabat yang aku kasihi...

" kecantikan yang kita miliki adalah hak dan pinjaman daripada Allah, ingatlah semua yang kita pinjam..kita akan pulangkan ia suatu hari nanti tanpa kita mengetahui bila ia akan diambil"

renung2kan..dan selamat beramal =)

0 comments: