THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

:: Dr. Yusuf al-Qardawi mengkritik " Bagaimana
sebuah negara umat Islam yang teramai di dunia, tidak meletakkan al-Quran dalam setiap kamar hotel, tetapi membiarkan sahaja Bible untuk tatapan pengunjung??" ::


:: WhEn yOu sToP LeArNiNg, YoU StOp LeAdiNg ::


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Friday, October 15, 2010

:: Mencari Damai Hati Ini ::

...assalamualaikum...

alhamdulillah aku diberi peluang lagi untuk menulis bait2 kata di ruangan nie.
minggu depan aku dah kene pulang ke kolej aku yang tercinta tu =) insyaallah..
akan buat yang terbaik untuk sem yang datang nie sem last for diploma...
target aku nak belajar sampai master dulu baru stop, sb nanti dah keje aku sukar
nak sambung belajar semula..insyaallah kalu Allah berikan kesempatan...

sedar tak sedar aku makin jauh melangkah kehadapan dan tidak lagi berpelunag untuk
berpaling lagi dan teragak-agak...tapi adakah aku sudah jelas dengan cita2 dan matlamat aku
pada masa datang?? aku agak takut memikirkan masa depan..tapi aku mesti kuatkan diri untuk
laluinya...dan aku sedar ujian yang makin banyak terpaksa aku lalui...insyaallah dengan bekalan iman yang telah diberi aku cuba lalui dengan baik dan aku hanya harapkan doa ibu bapa aku mana jua aku berada.

kini aku jua makin sedar makin jauh aku melangkah...makin tinggi tingkat yang aku gapai...aku sedar yang diriku kini penuh dengan tanggungjawab yang perlu aku laksanakan, sebagai anak sulung dalam keluarga, perkara pertama yang harus ku fikirkan adalah kebahagiaan ibu, ayah dan adikku...itu tugas pertama yang aku perlu lakukan...moga aku diberi kesempatan untuk melakukan itu semua ya Allah...

aku ingat kata-kata ayah aku yang aku simpan dalam hati nie " along, ayah takkan berenti kerja selagi kamu x habis belajar, kamu dah keje barulah ayah berenti buat kerja nie". hati aku sayu mendengar ucapan tu..sedih semua ada...ayah aku keje berpanas berhujan...insyaallah ayah...kalu anakmu berjaya kelak ayah x perlu keluarkan keringat lagi bawah terik mentari tu...insyaallah...

tiap kali solatku aku akan muhasabah diri adakah aku kini menjadi anak yang baik buat mama dan ayah? aku sedaya upaya menjadi yang terbaik untuk orang tuaku dan juga cuba untuk menjadi hamba-Mu yang terbaik Ya Allah..berikan aku kesempatan dan ruang untuk mencari damai hati ini walau sering aku alpa dengan tiap pelunag dan nikmat yang telah Engkau berikan....

0 comments: